THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

1.27.2009

5 Perangai Pelik Premier

28 January 09-Hepi Cuti Day!!
Em,dalam kelas Premier ade macam2 ragam!samelah macm kelas-kelas lain jugak!Tapi dalam kelas ni,dalam ramai-ramai ada seorang yang paling pelik ragamnya!Kamu hanya berhak mengenali mereka sebagai Mr.X dan Mr.Y,ini kerana sekiranya saya memberitahu namanya yang sebenar pasti akan memalukan rakan kami ini,walaubagaimanapun,cerita ini hanya untuk dikongsi bersama-sama tiada niat untuk memalukan!Ini diantara perangai pelik Mr.X & Mr.Y:
1)Menyanyi irama lagu Terima Kasih Cikgu yang diungkapkan oleh ketua kelas kami,berulang-ulang kali dengan berlainan lirik,meskipun semua pelajar lain telah pun duduk dan sudah buka buku.
2)Membaca segala doa yang permah dipelajari seperti,doa menerangkan hati,doa makan,doa baru bangun tidur,doa hendak tidur,doa masuk tandas,doa keluar tandas dan sebagainya ketika ingin minum air mineral yang dibeli di kantin sekolah.
3)Bermain keyboard di atas meja sekolah,Bermain dram di atas meja sekolah dan segala alat muzik lain.
4)Beralih-alih tempat duduk di dalam kelas lebih 5 kali.
5)Membuat teropong di mata semata-mata untuk meng'cover' dia sedang tidur ketika guru mengajar.
*Baru setakat ini perangai pelik yang mereka lakukan,sekiranya bagi kamu tidak cukup pelik bagi kamu,oleh itu,berikan komen kamu,dan boleh juga berkongsi cerita atau perangai pelik di dalam kelas kamu.*Terima Kasih*

0 Kritikan & Pandangan Dari Korang: